Saturday, November 7, 2015

5. MENUNAIKAN HAJI DI BAITULLAH

1. Haji pada syarak ialah mengunjungi ka'bah dalam bulan haji.

2. Semua umat Islam dari seluruh negara berkumpul di Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

3. Umat Islam menunaikan haji pada bulan zulhijjah di Mekah.








3. BERPUASA DI BULAN RAMADHAN


1. Berpuasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. 

2. Hukum berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib.

3. Amalan berpuasa boleh meningkatkan ketaqwaan.

4. Berpuasa juga boleh menyihatkan badan.

5. Kita digalakkan melakukan sebanyak-banyak amalan dibulan Ramadhan yang mulia.

6. Niat berpuasa :  






2. MENUNAIKAN SOLAT SEHARI SEMALAM

SOLAT TIANG AGAMA












Solat adalah yang paling utama. Mendirikan solat umpama mendirikan agama. Kita sebagai umat Islam wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Solat terdiri dari lima waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Apabila mendirikan solat maka sebenarnya kita telah menegakkan ke lima-lima rukun Islam.

1. Tertegaknya rukun yang pertama iaitu syahadah. Dalam solat sememangnya kita perlu mengucap dua kalimah syahadah iaitu ketika bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir. Jadi boleh dikatakan bahawa solat itu me "renew" syahadah kita yang mana kita semua tahu kekadang di waktu pagi iman kita sangat tebal tetapi di sebelah petang iman kita telah menjadi nipis angkara realiti dunia kita pada hari ini yang banyak cubaan dalam memelihara iman.

2. Tertegaknya rukun Islam ke-dua iaitu solat. Sememangnya kita sedang mendirikan solat.

3. Tertegaknya rukun Islam ke-tiga iaitu puasa. Sememangnya sewaktu solat kita tidak diboleh makan walaupun sisa makanan di celah gigi.

4. Tertegaknya rukun Islam ke-empat iaitu menunaikan zakat. Apabila kedengaran azan maka kita pun meninggalkan segala urusan keduniaan (berjual beli umpamanya) untuk mendirikan solat. Rezeki atau apa sahaja yang terlepas sepanjang kita mendirikan solat itu bukanlah satu kerugian sebenarnya tetapi ianya umpama zakat kita di jalan Allah.  

5. Tertegaknya rukun Islam ke-lima iaitu menunaikan haji. Apabila mendirikan solat kita perlu mengadap kiblat dimana seluruh umat Islam apabila mendirikan solat akan mengadap kiblat yang satu iaitu Baitullah al-haram. Simboliknya samalah umpama kita pergi menunaikan haji ke Mekah.

Maka mungkin dengan hujah-hujah diatas itulah yang menjadikan SOLAT itu antara amalan terawal yang akan dipersoalkan apabila kita bertemu Allah kelak. Ini dikuatkan lagi dengan perintah SOLAT yang diperintahkan secara terus kepada junjungan besar nabi kita Muhammad SAW ketika peristiwa Isra' Mi'raj. 

1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH





Syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulnya. Dengan mengucapkan dua kalimah syahadah sahlah seseorang itu sebagai seorang Muslim. Maka segala kefardhuan dalam islam menjadi wajib ke atasnya dengan kata lain mesti dilaksanakan.

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
Maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Kita wajib mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

Syahadah pada bahasa membawa maksud : iqrar, pengakuan dan keyakinan.

Pada istilah pula syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu sebagai rasulnya.

Orang yang mengucap dua kalimah syahadah wajib yakin dengan erti kalimah dan mengamalkannya.

Mengucap dua kalimah syahadah ialah syarat seseorang itu memeluk agama Islam dan dipanggil muslim.



Terdapat beberapa perkara yang dituntut di dalam kalimah syahadah :
1. Amar maaruf dan nahi mungkar.
2. Sentiasa bersyukur atas segala rahmatnya.
3. Menjadikan al-Quran dan hadis sebagai pegangan.
4. Menjadi hamba Allah SWT yang taat dan seti menjalankan perintahnya.

Sebab yang mewajibkan orang Islam mengucapkan dua kalimah syahadah  kerana :
* Syahadah adalah tanda seseorang itu beragama Islam.
* Dalam solat kita mengucapkan dua kalimah syahadah.

MARILAH KITA MENGENAL RUKUN ISLAM



RUKUN ISLAM




1. Mengucap dua kalimat syahadat.

2. Menunaikan solat lima waktu  sehari semalam.

3. Berpuasa pada bulan Ramadhan.

4. Mengeluarkan zakat

5. Melaksanakan haji bagi mereka yang mampu.