RUKUN ZAKAT
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka
menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa)
dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk
mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka,
dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah
At-Taubah (ayat 103)
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang
serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh
rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)
“Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika
Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman):
Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada
kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang
miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang
baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu
berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian
kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan
perjanjian setianya.” – Surah Al-Baqarah (ayat 83)
Dari ayat-ayat di atas, amat jelas
tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui
kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah
membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang
mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus
menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam
harta yang mereka miliki.
No comments:
Post a Comment